Home Berita PAS Kelantan

Umat berkualiti digeruni musuh

396
SHARE
Antara pengajaran terbesar daripada Perang Badar yang berlaku pada bulan Ramadan ialah golongan yang sedikit mampu mengalahkan golongan yang ramai.
Allah SWT telah memperingatkan para sahabat tentang perkara ini dalam firman-Nya:
وَلَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدۡرٖ وَأَنتُمۡ أَذِلَّةٞۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)”.
(Surah Āl Imrān. Ayat 123)
Kemampuan golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang ramai adalah sesuatu yang menjadi kepercayaan dan keyakinan orang-orang yang beriman sepanjang sejarah peradaban manusia. Allah SWT menceritakan tentang tentera Bani Israil yang bersama dengan Talut:
فَلَمَّا جَاوَزَهُۥ هُوَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُۥ قَالُواْ لَا طَاقَةَ لَنَا ٱلۡيَوۡمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِۦۚ قَالَ ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَٰقُواْ ٱللَّهِ كَم مِّن فِئَةٖ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةٗ كَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ
“Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): “Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya”. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: “Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”.
(Surah Al-Baqarah. Ayat 249)
Umat Islam pada hari ini ramai jumlahnya, namun malangnya mereka tidak memiliki kualiti yang ada pada generasi terdahulu untuk melayakkan mereka mendapat kejayaan yang sama. Perkara ini telah diberitahu oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda:
يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا “.
فَقَالَ قَائِلٌ : وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ ؟
قَالَ : ” بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ، وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهْنَ “.
فَقَالَ قَائِلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا الْوَهْنُ ؟
قَالَ : ” حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ “.
“Hampir-hampir umat-umat kekufuran dan kesesatan saling menyeru sesama mereka untuk menyerang kamu, sebagaimana orang-orang yang mahu makan saling menyeru sesama mereka kepada bekas makanan mereka.
Lalu kata seseorang: Adakah disebabkan bilangan kami yang sedikit pada hari itu?
Baginda menjawab: Bahkan kamu pada hari itu ramai, namun kamu adalah buih laksana buih air banjir, dan Allah pasti mencabut daripada hati musuh kamu perasaan gerun terhadap kamu, dan mencampakkan ke dalam hati kamu al-Wahn.
Maka kata seseorang: Wahai Rasulullah, apakah al-Wahn itu?
Baginda menjawab: Cintakan dunia dan bencikan mati”.
(Hadis sahih riwayat Abu Daud)
Semoga bulan Ramadan ini benar-benar menjadi madrasah untuk melahirkan umat yang berkualiti, sehingga layak mendapat bantuan Allah SWT untuk mengalahkan musuh.
https://www.facebook.com/datonikamar
MOHD AMAR ABDULLAH | 20 RAMADAN 1442
Pondok Tok Ayah Kedah, Kelantan Darul Naim