Home Berita PAS Melaka

Ucapan YDP berhenti seketika mengenang amilin yang telah pergi

82
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 17 Okt: Ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman ketika Mesyuarat Agung PAS kawasan berhenti seketika bagi membaca surah Al Fatihah sebagai mengenang pimpinan dan amilin PAS kawasan ini yang telah kembali kerahmatullah.

“Kita meneruskan perjuangan orang-orang terdahulu. Antaranya mantan YDP kita, Almarhum Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Almarhum Tuan Haji Kassim yang telah menginfakkan tanah markaz yang kita duduk ini.

“Dan baru-baru ini sahabat kita amilin PAS di Kampung Lendu, Almarhum Tuan Haji Adam juga telah meninggalkan kita.

“Saya minta kita semua membacakan Al Fatihah untuk dihadiahkan untuk mereka yang telah meninggalkan kita,” ujar beliau ketika ucapan tersebut.

PAS Kawasan Masjid Tanah mengadakan mesyuarat agung tahunan pada hari ini yang berlangsung di Markaz PAS Kawasan Masjid Tanah Jalan Hujan Panas.