Home Berita PAS Perlis

e-Alam Ria milik PASTI Arau

74
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 17 Okt: e-Alam Ria PASTI Negeri Perlis 2021 yang berlangsung selama lima hari berakhir 15 Oktober lalu menjadi milik PASTI Kawasan Arau.

Daripada sembilan acara yang dipertandingkan secara maya, lapan daripadanya dimenangi oleh para peserta yang mewakili PASTI kawasan berkenaan.

Acara berkenaan ialah Azan, Khutbah, Hafazan (Perempuan) dan Pidato.

Selain itu, PASTI Arau turut menggungguli kedua-dua kategori bagi acara Bercerita dan Sajak.

Hanya satu acara dimenangi oleh PASTI Kawasan Kangar iaitu Hafazan (Lelaki).

Pencapaian terbaik ini membolehkan PASTI Kawasan Arau dinobatkan selaku johan keseluruhan bagi edisi kali ini.

Penjurian bagi kebanyakan acara dibuat secara maya melalui video yang dihantar oleh setiap kawasan kecuali bagi acara Hafazan yang dilakukan secara bersemuka.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan.