Home Berita PAS Melaka

Kejutan sambutan hari lahir buat Ustaz Imran Abdul Rahman

80
SHARE

Oleh IBNU JANIE

MASJID TANAH, 17 Okt: Perwakilan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Masjid Tanah membuat kejutan dengan hadiah kek hari jadi buat Yang Dipertuanya, Ustaz Imran Abdul Rahman seusai ucapan perasmian secara rakaman video oleh Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

Perwakilan turut sama berdiri dan menyanyikan lagu ucapan selamat hari lahir buat beliau yang kemudiannya memotong kek tersebut di hadapan para perwakilan.

Ustaz Imran ketika ditanya umur beliau menyatakan bahawa biarlah ia menjadi rahsia.

PAS Kawasan Masjid Tanah mengadakan mesyuarat agung tahunan pada hari ini yang berlangsung di Markaz PAS Kawasan Masjid Tanah Jalan Hujan Panas.