Home Artikel PAS Melaka

Tahun ini tahun penuh cabaran : Abdul Karim, perwakilan Jelebu NS

361
SHARE

Oleh : Anas Abdullah

KOTA MELAKA, 13 Sept : “Tahun ini adalah tahun penuh cabaran dan sungguh berliku dan kita mengharapkan semoga Allah SWT menjauhkan kita dari segala wabak yang merbahaya ini.”

Demikian luahan Setiausaha PAS Kawasan Jelebu Negeri Sembilan, Abdul Karim Syahimi Abdul Razak ketika ditemuramah Wartawan Rakyat Melaka (WARM) sebentar tadi.

Beliau merupakan salah seorang daripada perwakilan dari Negeri Sembilan yang menghadiri Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 66 secara dalam talian bagi Negeri Melaka dan Negeri Sembilan yang sedang berlangsung di Hotel Sentral Melaka, di sini pagi ini.

Abdul Karim yang juga merupakan Timbalan Pengarah-2 Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Sembilan juga berharap agar semua perwakilan mematuhi segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dan penjarakan fizikal satu meter.

“Kita juga mendoakan semoga wabak Covid-19 ini tiada lagi pada tahun hadapan, insyaAllah.” ujar beliau.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)