بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Dengan rasa penuh kesyukuran atas rahmat-Nya, kita dapat meraikan Hari Raya Aidiladha atau juga dipanggil dengan nama Hari Raya Haji/ Korban pada tahun ini walaupun di rumah masing-masing dalam norma yang baharu.
Negara kita masih belum pulih sepenuhnya daripada wabak ini dan merupakan tahun kedua Malaysia tidak dapat menghantar jemaah haji. Namun, seramai 263 orang rakyat Malaysia di Arab Saudi layak menunaikan Haji pada tahun ini 2021.
Walau bagaimana pun, rakyat Malaysia di sini akan menyambut Hari Raya Aidiladha dengan menjalankan ibadah korban mengikut SOP yang telah digariskan oleh MKN dan kerajaan Negeri Melaka .
Amalan sunnah yang lain-lain juga digalakkan iaitu dengan memperbanyakkan takbir, tahlil serta tahmid dari 10 hingga 13 Zulhijjah.
Firman Allah SWT,
وَلِكُلِّ اُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ عَلٰى مَا رَزَقَهُمْ مِّنْۢ بَهِيْمَةِ الْاَنْعَامِۗ فَاِلٰهُكُمْ اِلٰهٌ وَّاحِدٌ فَلَهٗٓ اَسْلِمُوْاۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِيْنَ ۙ
“Dan bagi setiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikaruniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternak. Maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan sampaikanlah (Muhammad) khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)
(Surah Al-Hajj : 34)
Kita sebagai umat Islam haruslah berusaha menghayati dan mengikhlaskan diri melaksanakan ibadah korban serta memperbanyakkan perkara-perkara sunat seperti berpuasa dari awal Zulhijjah, berzikir dan membaca Al-Quran. Mudah-mudahan, kita termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang patuh.
Akhir kata, PAS negeri Melaka ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat terutamanya kepada penduduk Negeri Melaka.
Kami mendoakan kesejahteraan buat semua umat Islam dan juga didoakan semoga semua amalan serta ibadah korban kita diterima di sisi Allah SWT.
Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat mengerjakan Ibadah Korban daripada saya selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka dan AJK Perhubungan PAS Negeri Melaka.
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ وَجَعَلْنَا مِنَ الْعَآئِدِينَ وَالْفَآئِزِينَ
Semoga Allah menerima amalan kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan.
اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ, اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Yang benar,
DATUK USTAZ KAMARUDIN HJ SIDEK
• Penasihat Agama Kepada Ketua Menteri Melaka
• Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka
19 Julai 2021 | 9 Zulhijjah 1442H
#IslamMemperkukuhPerpaduan
|