Home Berita PAS Sarawak

Tabung Bencana COVID : PAS terus bantu rakyat tanpa henti

24
SHARE

OLEH : WANEE DONI

Sadong Jaya, 18 Julai 2021 : PAS terus komited membantu rakyat dalam penyerahan sumbangan Tabung Bencana COVID(TBC) PAS Sarawak yang mana Kota Samarahan dan Sadong Jaya masing-masing menerima sebanyak 50 pek keperluan dapur.

Penduduk yang terkesan akibat pandemik ini antara yang menjadi sasaran penerima PAS salur bantuan bagi meringankan tangunggan hidup.

Yang Dipertua PAS Kota Samarahan, Niza Mahmud menerima sebanyak 50 pek sumbangan TBC yang disampaikan sendiri Pengerusi TBC merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Sarawak, Morshidi Harun.

“Kita sebolehnya hendak membantu rakyat seramai yang mungkin memandangkan keadaan semasa pandemik ini menyebabkan ramai orang terkesan, tidak kurang juga ada yang terpaksa berhenti kerja atau dibuang kerja,” ujar beliau lagi sebelum meneruskan perjalanan untuk menyerahkan sumbangan di Sadong Jaya.

Seramai 50 keluarga di sekitar Sadong Jaya yang bekerja sendiri turut menerima pek keperluan dapur diwakili oleh AJK PAS Sadong Jaya, Abdul Rahman Hassan.

“Teruslah cakna dan prihatin terhadap orang sekeliling yang mungkin memerlukan bantuan kita,” ujar Morshidi di akhir sesi penyerahan.