Home Berita PAS Kelantan

U-KEKWA, MPWP laksana projek TASKA di tempat kerja

128
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
KOTA BHARU, 12 Jul: Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (UKeKWa) mengadakan taklimat secara atas talian bersama Jawatankuasa Majlis Perundingan Wanita Parlimen Kelantan bagi mewujudkan Taska Keluarga Mawaddah di tempat kerja.
Pengarah UKeKWA, Ilvira Mohd Dasuki berkata, Kerajaan Negeri Kelantan amat cakna tentang peranan kekeluargaan bagi melahirkan generasi sejahtera masa depan.
“Dasar Keluarga Mawaddah sudah digubal, Taska Keluarga Mawaddah juga telah wujud di peringkat negeri dan perlu diperturunkan modulnya ke peringkat parlimen sebagaimana termaktub di dalam Plan Tindakan dan Halatuju Portfolio Negeri Kelantan”, katanya ketika dihubungi.
Katanya lagi, perbincangan setengah hari tersebut melibatkan wakil Majlis Perundingan Wanita (MPWP) 14 parlimen yang akan bertanggungjawab menyelia projek tersebut.
“Inisiatif Taska Keluarga Mawaddah di tempat kerja diwujudkan agar dapat membantu ibu bapa bekerja cakna anak-anak dan majikan dapat melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka”, tambahnya.