Home Berita PAS Kelantan

120 OKU terima imunisasi di PVK

8
SHARE
oleh Norzana Razaly
BACHOK, 13 Jul: Seramai 120 Orang Kelainan Upaya (OKU) bersama pengiring menerima suntikan imunisasi COVID-19 di Program Vaksinasi Komuniti (PVK) di Kompleks Pendidikan Islam Kampung Badak, Bachok.
Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi diiringi Pengarah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa), Ilvira Mohd Dasuki turun padang meninjau proses pemberian vaksin di lokasi tersebut, baru-baru ini.
Dato’ Mumtaz berkata inisiatif pelaksanaan pemberian vaksin ini dapat membantu merancakkan lagi keterlibatan dan kesedaran semua pihak bagi memastikan lebih ramai berdaftar terutama komuniti OKU mendapat akses kepada vaksin tersebut.
“Alhamdulillah rata-rata penerima berpuas hati dan berkongsi pengalaman yang sangat baik sepanjang proses pemberian vaksin”, katanya yang sempat bertanya khabar dan mendengar sendiri keadaan dan pengalaman penerima vaksin.
Beliau turut berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan; para doktor, pembantu perubatan agensi dan sukarelawan yang terlibat dalam membantu menjayakan program vaksinasi tersebut.
Dalam masa yang sama, beliau menyeru rakyat yang masih belum mendaftar untuk mendapat suntikan vaksin segera berbuat demikian agar kita berjaya mencapai 80 peratus imuniti berkelompok yang disasarkan.