Home Berita PAS Kelantan

U-BeS buka peluang kerja industri

456
SHARE
Oleh NORZANA RAZALY
KOTA BHARU, 29 Jul: Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO (U-BeS), Nasaruddin Mahmud Mahaidin berucap mewakili YB Exco Belia, Sukan dan NGO memaklumkan Program Penempatan Pekerjaan Industri membuka peluang pekerjaan pada musim pandemik melanda. Program tersebut ialah kerjasama U-BeS dan Insan Inisiatif Sdn Bhd.
“Peluang pekerjaan di Kelantan terhad sejak sekian lama dinafikan dalam pembangunan industri dan tiada kawasan industri yang besar di sini.
Tambahan pula, sistem perhubungan tidak lengkap kerana lapangan terbang yang kecil dan tiada pelabuhan canggih”, jelasnya kepada 80 belia yang mengikuti taklimat secara maya, pukul 9.30 semalam.
Beliau optimis kerajaan baharu yang meneraju negara sekarang akan menambah prasarana.
Di samping itu, bayaran pendaftaran program latihan industri sebanyak RM100 ditaja oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Pengangkutan ke lokasi kursus di Pulau Pinang turut disediakan.