Home Berita PAS Perlis

YADIM Perlis serah pek makanan asas

70
SHARE

Oleh NUR ‘IFFAH

KANGAR 29 Jul : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis menyerahkan pek makanan asas kepada PAS Perlis semalam.

Majlis penyerahan sumbangan sebanyak 100 pek berkenaan telah tersebut telah dibuat di Kompleks PAS Negeri Perlis (KOMPAS) dekat sini.

YADIM Perlis diwakili penolong pengarahnya, Zuhri Husin manakala Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir menerima serahan berkenaan.

Turut sama hadir dalam majlis berkenaan, Penyelaras Program YADIM Perlis, Ustaz Fuad Shaari dan Setiausaha BPPNPs, Baharuddin Ahmad.

Pek makanan asas berkenaan adalah untuk diserahkan kepada para penduduk yang memerlukan di seluruh negeri ini.

Zuhri dalam pada itu turut memaklumkan orang ramai yang ingin memohon bantuan boleh menghantar butiran diri menerusi panggilan telefon atau pesanan ringkas kepada pihaknya.

Katanya YADIM menyediakan Tele Bantuan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan dan mereka boleh berhubung melalui aplikasi WhatsApp, www.wasap.my/60132920214/Bantuanyadim.

“Setakat ini kita menggerakkan sukarelawan dan rakan siswa untuk menjayakan program tersebut,” katanya.