Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuntut penjelasan dan tarik kebenaran operasi kilang arak sepanjang PKP

253
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

TUNTUT PENJELASAN DAN TARIK KEBENARAN OPERASI KILANG ARAK SEPANJANG PKP

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) digesa menjelaskan mengenai status surat kebenaran operasi kilang arak yang kini tersebar dimedia sosial.

Jika surat ini benar maka MITI digesa menarik kembali kelulusan tersebut kerana arak bukan tersenarai dalam kategori ‘essential services’.

Arak tidak mendatangkan sebarang kebaikan bahkan lebih memudaratkan kepada setiap golongan. Arak menjadi punca kepada keruntuhan moral, keganasan rumah tangga dan pelbagai tragedi kemalangan maut telah direkodkan akibat bahana arak.

Seharusnya keutamaan diberikan kepada agenda keselamatan nyawa rakyat disamping mengelakkan daripada kemurkaan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah: 90

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
1 Jun 2021 | 20 Syawal 2021