Home Berita PAS Melaka

Bina ‘Herd Immunity’ bermula di masjid – Bakri

104
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 1 Jun : Ketua Penerangan PAS Melaka, Bakri Jamaluddin menyarankan agar proses untuk membina ‘Herd Immunity’ vaksinasi Covid-19 perlu juga dilaksanakan bermula daripada masjid.

Menurut pemerhatian beliau sendiri, ahli masjid atau mereka yang istiqamah untuk solat berjamaah di masjid adalah sekitar 50 ke 80 orang dan majoriti mereka adalah daripada golongan umur di atas 55 tahun.

“Jadi saya cadangkan agar Kerajaan Negeri Melaka mengambil pendekatan membina Herd Immunity bermula di masjid.

“Caranya, vaksin diberikan kepada mereka (ahli masjid) dahulu termasuk ahli jawatankuasa masjid, pegawai syarak, asatizah dan guru yang mengajar di masjid,” ujar beliau.

Tambah Bakri lagi, sekiranya Herd Imunity di masjid mencapai 80 peratus daripada bilangan kapasiti masjid, insya-Allah penyebaran Covid-19 di masjid dapat dibendung.

“Dengan ini segala program mengimarahkan masjid dapat dijalankan seperti biasa,” ujar beliau lagi.

Beliau mengusulkan perkara ini sebagai mengulas maklumat bahawa di Melaka terdapat seramai 3612 orang yang telah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19 tetapi tidak hadir temujanji seperti dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman baru-baru ini.

Menurut Bakri lagi, masjid sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi penyelarasan atau makluman vaksinasi kerana di situ tempat berkumpul golongan tua dan penduduk kampung.

“Jadi kita boleh menjadikan masjid pusat sehenti untuk vaksinasi ini. Ia dapat membantu golongan tua yang tidak arif penggunaan aplikasi yang menyebabkan mereka terlepas maklumat lebih-lebih lagi mereka adalah golongan yang berisiko tinggi,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Wartawan Rakyat Melaka (WARM) pagi tadi.

SUMBANGAN BAIKPULIH SURAU AL-KAUTHAR TANJUNG KLING

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .