KOTA BHARU, 12 Jan: Seramai tujuh usahanita menerima Bantuan Tabung Usahawan Wanita daripada Setiausaha DUN Kota Lama, Mohd Mortazi Ismail yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, YB Dato’ Anuar Tan Abdullah di Pusat Pembangunan Komuniti DUN Kota Lama, semalam.
Dalam ucapannya, Mohd Mortazi berharap dengan bantuan ini akan dapat membantu meningkat dan memajukan lagi bidang perniagaan yang telah diusahakan.