Home Berita PAS Kedah

YB Awang bantu mangsa banjir Negeri Sembilan

34
SHARE

REMBAU, 13 Jan  – Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Haji Awang Hashim menyampaikan sumbangan khas RM20,000 kepada Persatuan Waghih Ghombau Poduli bagi membantu penduduk yang terjejas akibat banjir, semalam.

Sumbangan tersebut diterima oleh Pengerusi Persatuan Waghih Ghombau Poduli, Haji Kamarol Ridzuan Mohd Zain.

Timbalan Menteri juga berkesempatan menyampaikan sumbangan peralatan elektrik kepada beberapa keluarga mangsa banjir di Sungai Timun dan Sungai Radin.

“Sumbangan berupa barangan elektrik dan keperluan harian turut disampaikan kepada empat buah rumah yang dilawati. Saya amat sedih apabila salah seorang mangsa menceritakan bahawa air naik sehingga paras atas pintu dan mereka tidak sempat untuk menyelamatkan apa-apa barangan rumah,” ujar beliau.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan penyerahan aset dan peralatan pembersihan kepada Khidmat Malaysia Rembau.