Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Tsunami Hijau: Kibarkan Bendera PAS

627 views
SHARE

Kenyataan Media Penerangan. 190/61
20 Sya’aban 1439 / 06 Mei 2018

TSUNAMI HIJAU : KIBARKAN BENDERA PAS

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan

1. Berbaki 2 hari sebelum menjelang 9 Mei 2018 sebagai tarikh bersejarah untuk rakyat merealisasikan cita-cita perubahan melalui gerakan budaya politik matang dan sejahtera, menampakkan gelombang “tsunami hijau” yang kian marak.

2. Rakyat diseru menyambut gelombang kebangkitan bersejarah ini dengan menaikan dan mengibarkan bendera PAS di kenderaan masing-masing, di rumah dan sebagainya.

3. Kita nyata kesatuan hati kita bersama PAS dan Gagasan Sejahtera memacu kebangkitan rakyat demi menyaksikan Malaysia yang Sejahtera Bersama Islam.

4. Ku Lihat Hijau , begitulah warna yang mendamaikan malah menjanjikan kesejahteraan dan keberkatan dari Allah swt atas perjuangan Islam untuk semua dan kebenaran yang di pertahankan.

5. Ayuh ibu ayah, abang kakak dan sahabat handai, kita semarakkan halaman, kampung dan lokasi sekitar kita dengan kibaran bendera hijau. Khasnya kenderaan peribadi masing-masing.

Ku Lihat Hijau

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.