Home Artikel PAS Melaka

TPJ2 PAS MELAKA RASMI KONVOKESYEN PASTI ALIYA AZZAHRA

455
SHARE
Ustaz Imran Abdul Rahman sedang menyampaikan ucapan
Hi Khamis Abd Kadir – Pengerusi PASTI Aliya Azzahra
Nur Amira Safiyah Bte Mohd Khairi – Pelajar Terbaik Graduasi 2019

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH – PASTI Aliya Azzahra Masjid Tanah Melaka telah melangsungkan Majlis Konvokesyen kali ke 19 di Auditorium Kompleks Falak Al Khawarizmi Pengkalan Balak semalam.

Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Ustaz Imran Abdul Rahman ini bertujuan untuk meraikan pencapaian akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar PASTI Aliya Azzahra sepanjang tahun 2019.

Ustaz Imran dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada PASTI Aliya Azzahra yang beliau sifatkan sebagai antara PASTI tertua di kawasan Masjid Tanah ini kerana terus bertahan sehingga ke saat ini.

Beliau juga berharap agar ibu bapa terus menjadikan PASTI sebagai medan untuk anak-anak mereka mendapat pendidikan awal.

“Hari ini kita melihat mereka di atas pentas ini mengadakan persembahan dan menerima hadiah. Satu hari nanti mereka inilah juga yang akan jadi pemimpin, jadi pejuang. InsyaAllah.” ujar beliau.

Di dalam ucapannya beliau turut mengumumkan bahawa SRITI Harun Ar Rashid akan dibuka di kampung Londang Masjid Tanah. Turut dibuka ialah Pasti Harun Ar Rashid yang akan memulakan sesi pembelajaran Januari tahun hadapan.

Terdahulu sewaktu menyampaikan ucapan alu-aluan, Pengerusi Pasti Aliya Azzahra, Haji Khamis Abdul Kadir menjelaskan bahawa Pasti kekal sebagai tadika swasta yang mengenakan yuran paling murah berbanding tadika-tadika swasta yang lain.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan terima kasih atas sokongan yang diberikan ibu bapa menghantar anak-anak ke PASTI Aliya Azzahra dan PASTI-PASTI lain.

Di dalam majlis ini juga adik Nur Amira Safiyah Bte Mohd Khairi dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi tahun 2019. Adik Amira yang bercita-cita ingin menjadi seorang doktor pernah mendapat tempat sebagai Naib Johan Ujian IQ Peringkat Negeri Melaka.

Seramai 24 orang pelajar Kelas Enam Tahun menerima sijil mereka dan bakal meninggalkan PASTI ini untuk memulakan pendidikan di sekolah rendah.

Nur Amira Safiyah Bte Mohd Khairi
Pelajar-pelajar yang menamatkan pengajian
Acara Pakaian Beragam Mengikut Kerjaya