Home Artikel PAS Johor

Kenyataan Media Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (JPrDMPNJ)

256
SHARE

Assalamualaikum Wbt.

Mewakili Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (JPrDMPNJ), saya merakamkan ucapan Jazakumullah khairan kathiro kepada pimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia, DMPN Johor dan Negeri-negeri, AJK JPrDMP Malaysia, AJK JPrDMPK Tanjung Piai, dan paling istimewa kepada petugas-petugas Muslimat dari seluruh Negeri Johor dan Negeri-negeri bantu yang sudi melapangkan masa mengerah tenaga, keringat dan kewangan untuk Pilihanraya Kecil (PRK) P165 Tanjung Piai.

Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala jasa semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam PRK 165 ini.

Dengan rendah diri, saya mohon jutaan kemaaan jika terdapat sebarang kesulitan dan kesukaran sepanjang menjalankan tugasan di sini.
Sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah, yang kurang datang dari kelemahan kami sendiri.

Selamat berjumpa kembali dan ayuh bersemangat untuk berjuang menuju PRU 15.

Sekian, Terima kasih.

Puan Siti Fatimah Binti Awang,
Pengarah,
Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Johor

#IslamMemimpinPerpaduan
#MuafakatNasional