Home Artikel PAS Perlis

Cikgu Mariana Dinobatkan Tokoh Guru PASTI Perlis

282
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Cikgu Mariana Othman dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Perlis sempena Hari Anugerah Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan PASTI Perlis 2019 yang berlangsung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra, dekat sini pagi tadi.

Guru PASTI Darul Hikmah, Jejawi Dalam itu sebelum ini turut terpilih menerima anugerah yang sama pada Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2019 yang berlangsung pada bulan Jun lalu.

Sementara itu, Tuan Nur Zahraa Tuan Zailani dari PASTI Smart Aulad Pra Tahfiz (Kangar) pula dipilih menerima Anugerah Tokoh Murid PASTI Perlis 2019 atas kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Beliau turut naik ke pentas menerima Anugerah Kecemerlangan PASTI Perlis bagi kategori 6 tahun.

Anugerah Kecemerlangan PASTI Perlis bagi kategori 5 tahun pula  menjadi milik Hannah Fauzi dari PASTI Al Fateh, Arau.

Hari Anugerah Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan PASTI Perlis yang diadakan pada setiap tahun menjadi pentas bagi memberikan penghargaan kepada para guru dan murid PASTI dari seluruh negeri ini yang telah memberikan sumbangan serta mencatatkan kecemerlangan bidang akademik serta kokurikulum.

Perasmian program pada kali ini telah disempurnakan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Perlis, Mohd Saifizi Saidon.