Home Ketua Penerangan PAS Pusat

TOMMY THOMAS MESTI LETAK JAWATAN! BERI KEADILAN KEPADA AL MARHUM ADIB

2,063 views
SHARE


TOMMY THOMAS MESTI LETAK JAWATAN!

Kenyataan Media Penerangan
9 Syawal 1440 | 13 Jun 2019

BERI KEADILAN KEPADA AL MARHUM ADIB

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan


1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius sidang akhbar yang diadakan oleh peguam Syazlin Mansor yang bertekad untuk mewakili semula keluarga anggota bomba yang terkorban, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dalam prosiding inkues di Mahkamah Koroner yang bakal disambung semula pada 26 Jun akan datang.

2. Tindakan beliau wajar diteliti ekoran dakwaan wujud pihak berkepentingan yang memberikan tekanan ke atas beliau sehingga menyebabkan beliau terpaksa mengundurkan diri pada bulan lalu.

3. Berasaskan kepada kenyataan Peguam Syazlin Mansor semalam, terdapat pihak tertentu yang dilihat cuba untuk mengganggu prosiding inkues tersebut terutama dalam hal yang berkaitan dengan keterangan yang dikemukakan oleh pakar.

4. Oleh sebab itu, PAS juga melihat tindakan Peguam Negara sebelum ini yang mengemukakan beberapa alasan berhubung peranan Peguam Syazlin dalam prosiding inkues perlu dipersoalkan.

5. Keraguan yang timbul boleh mengelirukan rakyat dan akan menyebabkan prosiding inkues dilihat tidak telus.

6. Sepanjang prosiding berlangsung, Peguam Negara juga dilihat memihak kepada satu pihak dan tidak cenderung kepada keterangan yang dikemukakan oleh pakar lain.

7. Tindakan Peguam Negara juga dilihat mengikat pendirian kementerian sehingga menyebabkan prosiding inkues dijadikan medan perbicaraan mahkamah.

8. Jelas di sini, PAS berpandangan Peguam Negara gagal bertindak adil dan terdapat usaha mengganggu prosiding inkues terutamanya terhadap Peguam Syazlin dan suaminya serta keterangan yang dikemukakan oleh pakar lain.

9. Tommy Thomas mesti segera meletakkan jawatan bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada sistem keadilan di negara ini.

Islam Memimpin

Sekian.