Home Berita Presiden

Tempahan Buku Terbaru TGHH Dibuka!

196 views
SHARE

TEMPAHAN BUKU TERBARU TGHH DIBUKA!

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Presiden PAS telah meluncurkan dua buah buku terbaru hasil tulisan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Berikut merupakan buku yang baru diterbitkan beserta harga pasaran :

1. Buku Islam Memimpin – RM25
2. Buku Ad-Daulah Al-Islamiyah Fi Al-Mujtama’ At-Ta’adudi (Bahasa Arab) – RM10

Untuk makluman semua, pihak kami membuka peluang untuk tempahan awal (pre-order) bagi yang berminat untuk mendapatkan buku tersebut. Buku yang ditempah boleh diambil ketika Muktamar Dewan-Dewan, Muktamar PAS Pusat atau secara penghantaran pos (selepas Muktamar).

Harga istimewa ditawarkan bagi yang membuat tempahan awal iaitu RM30 sahaja untuk set kombo kedua-dua buku.

Tempah Sekarang❗
http://bit.ly/belibukubarutghh
http://bit.ly/belibukubarutghh
http://bit.ly/belibukubarutghh

Berita baik buat perwakilan dan pemerhati Muktamar Dewan-Dewan serta Muktamar PAS Pusat, kami akan berkampung di sana bagi memastikan buku-buku ini sampai ke tangan ahli-ahli PAS yang dahagakan ilmu dan idea Presiden PAS. Kami juga akan mengadakan promosi istimewa untuk kawasan-kawasan yang ingin membeli dalam kuantiti yang banyak bagi diedarkan kepada ahli kawasan masing-masing.

Belilah dan sebarkan buah fikiran dan minda Presiden PAS. Jadikan ia panduan dalam memahami penyelesaian Islam terhadap permasalahan ummah dan negara. Berjuanglah dengan penuh kefahaman dan ilmu!

Sebarang persoalan, sila hubungi kami :
http://wasap.my/601120222216/BeliBukuBaruTGHH

Sekian, terima kasih.

Team Jualan Buku,
Pejabat Presiden PAS

———————————————-

PENGENALAN BUKU TERBARU PRESIDEN PAS

1. Buku Islam Memimpin
2. Buku Ad-Daulah Al-Islamiyyah fi al-Mujtama At-Ta’addudi (Bahasa Arab)

Pengenalan Buku Islam Memimpin

Sebuah buku yang mengandungi kupasan isu semasa, dasar dan polisi sepanjang setahun PAS membawa tema “Islam Memimpin” oleh Presiden PAS sendiri Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tulisan yang sarat dengan kritikan sosial, fakta, sorotan sejarah dan ulasan nas syarak merangkumi pelbagai segmen penting negara seperti politik, sosial, undang-undang, ekonomi dan sebagainya. Sangat sesuai bagi yang ingin memahami realiti politik masa kini dan penyelesaian berteraskan Islam.

Keistimewaan buku ini:

+ Memahami buah fikiran dan minda seorang ulama negarawan yang juga Presiden PAS.
+ Tulisan yang sarat dengan kritikan sosial, fakta, sorotan sejarah, dan kupasan nas Al-Quran dan Hadis yang bertepatan dengan kondisi semasa.
+ Kupasan isu semasa dan dasar sepanjang setahun bagi mengangkat tema “Islam Memimpin”
+ Merangkumi kritikan dan solusi mendasar pelbagai segmen seperti Politik, Perundangan, Ekonomi, Pendidikan dan sebagainya
+ Memberi gambaran gagasan politik Islam yang dibawa oleh PAS
+ Ditulis oleh Ulama yang aktif serta berpengaruh dalam arena politik nasional dan antarabangsa.

Pengenalan Buku ad-Daulah al-Islamiyah fi al-Mujtama’ At-Ta’addudi (Versi Bahasa Arab)

Sebuah buku yang menjelaskan tentang konsep politik dan negara Islam. Menjawab persoalan dan tuduhan yang menafikan perjuangan mendirikan negara bercirikan Islam dengan menjelaskan melalui kupasan nas dan sejarah. Pada akhirnya, penulis menjelaskan model sebuah negara yang bercirikan Islam dalam konteks masyarakat majmuk, merangkumi kepelbagaian budaya, bangsa dan agama.

Isi menarik dalam naskhah ini:

1. Penerangan konsep sebenar agama dalam Islam serta tanggungjawab beragama.
2. Penjelasan konsep negara Islam serta tanggungjawab mendirikannya dengan perbahasan dalil-dalil dari Quran Sunnah.
3. Pendedahan strategi musuh Islam bagi menggagalkan usaha mendirikan negara Islam
4. Menjawab tohmahan terhadap politik Islam dan menjelaskan konsep sebenar dalam merealisasikan politik Islam.
5. Penjelasan konsep negara Islam dalam konteks masyarakat majmuk khususnya perlaksanaan di Malaysia.