Home Berita PAS Pulau Pinang

JAM melawat pusat pemberian vaksin bergerak di Pulau Pinang

31
SHARE

SUNGAI ACHEH, 27 September – Pada hari ini, Ketua Pengarah JAM, Tuan Norazman Ishak bersama YB Ustaz Mohd Yusni Mat Piah Melawat Pusat Pemberian Vaksin Bergerak, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM di Sungai Acheh.

Lawatan disambut baik oleh YDP PAS kawasan Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff serta Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Nibong Tebal, Ustaz Zulazhar Mohamad.

Turut bersama ALP JAM, Tuan Haji Bakri Abdullah serta Timb. Pengarah 1 Tuan Muhammad Nazrul Ali hadir bagi melawat PPVB hari ini.

Beberapa ahli Jabatan Amal diminta untuk bertugas di Pusat Pemberian Vaksin Bergerak ini bagi melancarkan proses pemberian Vaksin.

Taklimat lawatan diberikan oleh Dr. Hanafiah Harun Al Rashid dari HUKM Cheras dan Tuan Didi Yuhaso selaku petugas pada hari tersebut.

Terima kasih YB Zulkifli Ibrahim, ADUN Sungai Acheh yang turut menyambut kedatangan kami di sana bersama pimpinan PAS Kawasan Nibong Tebal.