Home Berita PAS Johor

TITM Rasmi Pejabat SRITI Johor yang Baru

1562
SHARE

TITM Rasmi Pejabat SRITI Johor yang Baru

ISKANDAR PUTERI – SRITI Negeri Johor terus melangkah kehadapan dengan perasmian Pejabat SRITI Johor di sini, hari ini.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata dalam ucapannya, “SRITI adalah suatu satu syiar dan jalan dakwah kepada masyarakat, mempunyai silibus yang mantap dan tersusun”.

Pesannya lagi, “kuat pokok kerana akarnya. Kuatnya PAS kerana ahlinya. Walak, patuh pada pimpinan”.

Antaranya yang hadir memeriahkan majlis ini ialah Dr Mohd Mazri Bin Yahya(Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor), Ustaz Azlan Bin Alias(ketua sektor Pendidikan DPPNJ), dan beberapa pimpinan negeri dan DPPNJ yang lain.

Majlis turut diserikan dengan sambutan hari raya Aidilfitri PAPISMA Johor.