Home Artikel PAS Selangor

Raya PAS Bangi Isyarat Mesej Perpaduan Ummah

94 views
SHARE

BANGI: PAS Kawasan Bangi telah mengadakan Sambutan dan Jamuan Raya Perpaduan Ummah dengan kerjasama Umno, Ikatan dan ISMA di Seksyen 3 Tambahan, di sini hari ini.

Kehadiran ribuan penduduk ke majlis ini dilihat memberi isyarat jelas kepada agenda tersebut yang turut dirai dengan 18 kaunter pelbagai menu disediakan sempena acara julung kali ini.

Yang DiPertua PAS Bangi, Ustaz Shafie Ngah menyatakan, isyarat dizahirkan itu menambah yakin untuk kesatuan tersebut sentiasa memegang amanah mennjaga agama dan bangsa.

“Bila sebut perpaduan, ia bukan untuk menghampakan sesiapa (dari kaum lain). Tetapi untuk mempertahankan hak yang telah dirobek walaupun mereka bukan dari bangsa Melayu dan beragama Islam,” ujarnya.

Antara yang hadir adalah Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad dan Ahli Parlimen PAS Pendang, Awang Hashim serta Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Seri Ahmad Maslan