Home Artikel PAS Sabah

PAS Tawau anjur rumah terbuka

554
SHARE

TAWAU 29 JUN – PAS Kawasan Tawau akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Sambutan Aidilfitri, di sini pada Ahad 30 Jun

Majlis diadakan di perkarangan hadapan bangunan Pejabat PAS Tawau , Bandar Kompleks Fajar , bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Setiausaha PAS Kawasan Tawau , Ustaz Mohd Razali Sani dalam satu kenyataan, berkata kira-kira 3000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan majlis itu.

Katanya, majlis itu bertujuan untuk beramah mesra serta mengeratkan silaturahmi antara PAS Tawau dengan masyarakat sekitar.

Di samping meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap Parti Islam serta untuk berkongsi kegembiraan dengan semua.

“Kita menjemput semua warga Tawau dan sesiapa sahaja yang berada di Tawau esok, tanpa mengira agama, suku kaum dan fahaman parti.

“Pihak kami telah menghantar kad jemputan kepada beberapa institusi kerajaan , parti politik, badan korporat dan NGO.

” Dan kami telah dapat pengesahan kehadiran daripada wakil parti-parti politik pemerintah dan pembangkang.

“Selain itu para petugas kami dari pelbagai unit dan bahagian sedang bertungkus lumus membuat pelbagai persiapan akhir untuk memastikan program esok berjalan lancar.

“PAS Tawau turut berterima kasih kepada Presiden Majlis Pebandaran Tawau (MPT) yang baharu, Datuk Amrullah Kamal atas kebenaran untuk mengadakan majlis ini.

“Diharap penganjuran Majlis Rumah Terbuka Sambutan Aidilfitri PAS Tawau ini dapat mengeratkan lagi perpaduan dan keharmonian kepada seluruh masyarakat serta dapat memberikan kegembiraan kepada pengunjung yang hadir ,” katanya.