Home Artikel PAS Melaka

Tinta Lajnah Ekonomi Siri 3 : Tatacara Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

996
SHARE

Oleh : Haji Rafie Ahmad

Dalam dua siri yang lepas penulis telah menyenaraikan bentuk-bentuk pakej rangsangan yang telah diumumkan oleh kerajaan pada 23 Mac 2020 dan 27 Mac 2020 baru-baru ini. Dalam siri ketiga ini, penulis akan fokus kepada ‘tatacara permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) khusus bagi golongan B40 dan M40’. Secara puratanya sebanyak RM10 billion diperuntukkan bagi golongan rakyat yang layak.


1. Jenis bantuan dan kriteria kelayakan.

Bantuan kewangan kepada kumpulan B40 (pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah).

Jenis bantuan : Wang tunai RM1,600
Tempoh / pembayaran :
April 2020 – RM1,000
Mei 2020 – RM600

Tatacara permohonan : Semua isi rumah yang sebelum ini telah diluluskan di bawah Bantuan Sara Hidup (BSH) secara automatik adalah layak dan akan menerima bayaran secara terus ke dalam akaun yang telah didaftarkan di bawah BSH.

Bantuan kewangan kepada kumpulan M40 (pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000).

Jenis bantuan : Wang tunai RM1,000
Tempoh / pembayaran :
April 2020 – RM500
Mei 2020 – RM500

Tatacara permohonan : Semua isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara automatik layak dan akan menerima bayaran secara terus ke dalam akaun yang telah didaftarkan di bawah LHDN.

Bantuan kewangan kepada golongan bujang berusia 21 tahun ke atas (pendapatan RM2,000 ke bawah).

Jenis bantuan : Wang tunai RM800
Tempoh / pembayaran :
April 2020 – RM500
Mei 2020 – RM300

Tatacara permohonan : Semua individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan di bawah BSH secara otomatik adalah layak dan akan menerima bayaran secara terus ke dalam akaun yang telah didaftarkan di bawah BSH.

Bantuan kewangan kepada golongan bujang berusia 21 tahun ke atas (pendapatan RM2,001 hingga RM4,000).

Jenis bantuan : Wang tunai RM500
Tempoh / pembayaran :
April 2020 – RM250
Mei 2020 – RM250

Tatacara permohonan : Semua individu bujang yang sedia ada berdaftar dengan LHDN secara automatik layak dan akan menerima bayaran secara terus ke dalam akaun yang telah didaftarkan di bawah LHDN.


2. Permohonan baru

Bagi mereka yang layak tetapi belum berdaftar, permohonan baru boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman sesawang rasmi LHDN, www.hasil.gov.my.

Selain dari mengisi borang atas talian, bukti pendapatan juga diperlukan. Sila maklum bahawa untuk permohonan baru yang telah diluluskan ini, bayaran akan dibuat sekali gus pada bulan Mei 2020.

Selain dari laman sesawang di atas, permohonan baru juga boleh dibuat melalui lama sesawang berikut :

1. https://bsh.hasil.gov.my
2. https://www.treasury.gov.my


3. Penyemakan status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional B40 dan M40.

Bagi memastikan nama anda tersenarai sebagai penerima bantuan di atas, semakan status boleh dibuat mulai 1 April 2020 juga dengan melayari ketiga-tiga laman sesawang yang telah dinyatakan di atas. Pengkalan data BPN adalah berdasarkan :

1. Untuk B40 – senarai penerima BSH yang diluskan.
2. Untuk M40 – senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan.

Moga-moga dengan sedikit maklumat ringkas ini akan dapat memudahkan urusan orang ramai yang tergolong dalam kumpulan ini. Penulis akhiri siri 3 ini dengan memetik kata-kata dari Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang sangat menyusuk jiwa kita:

“Apa yang penting sebagai ketua keluarga, kita perlu memastikan setiap hari ada makanan yang terhidang di atas meja untuk seisi keluarga” – Perdana Menteri Malaysia.

“Bantuan yang diberikan bukan untuk menjadikan mereka kaya atau bermewah, tetapi bagi memastikan kelangsungan hidup mereka terutama yang terjejas pendapatan mereka sekarang ini”- Menteri Kewangan

Moga Allah selamatkan kita semua dari wabak ini dan moga Malaysia terus sejahtera.

Penulis adalah Ketua Lajnah Ekonomi Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka