Home Artikel PAS Perak

Tahniah Saf Kepimpinan Baharu Kerajaan Negeri Perak

1379
SHARE

KENYATAAN MEDIA
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK
6 Sya’aban 1441 / 31 Mac 2020

TAHNIAH SAF KEPIMPINAN BAHARU KERAJAAN NEGERI PERAK

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada 7 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Perak yang telah mengangkat sumpah pada Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Perak di Istana Kinta hari ini.

PAS Perak menjunjung kasih, merafak sembah ke bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di atas perkenan untuk menyempurnakan majlis bersejarah tersebut dengan memilih ADUN mewakili PAS, PPBM dan UMNO setelah membentuk gabungan baharu.

Pengharapan tinggi yang diletakkan semua pihak kepada gabungan kerajaan baharu Negeri Perak yang lebih berwibawa untuk terus mengutamakan agenda keprihatinan rakyat dan memacu kecemerlangan ekonomi negeri dapat direalisasikan dengan sempurna.

Marilah sama-sama kita menyokong dan berdoa agar saf kepimpinan baharu Negeri Perak yang diketuai Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat Negeri Perak keseluruhannya.

Semoga semua ADUN yang dilantik sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.

“PERAK PRIHATIN”
“PERAK SEJAHTERA”

Sekian, terima kasih.

HAFEZ SABRI
Ketua Penerangan
PAS Negeri Perak

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2899477403450975&id=117086798356730