Home Artikel PAS Melaka

Tinjauan Masjid Tanah : Aktiviti rakyat patuh SOP

324
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 20 Jan: Aktiviti rakyat di sekitar Pekan Masjid Tanah dilihat berjalan seperti biasa dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Penjaja-penjaja makanan dilihat beroperasi seperti biasa sementara restoren kebanyakannya dibuka untuk pembelian bawa pulang, namun beberapa restoren dilihat menutup operasi.

Tinjauan Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ke beberapa lokasi di Pekan Masjid Tanah sebentar tadi juga mendapati kedai-kedai pakaian kebanyakannya dilihat tidak beroperasi memandangkan perniagaan jenis ini termasuk antara aktiviti perniagaan yang tidak dibenarkan sepanjang PKP berjalan.

Mereka yang mengunjungi pasaraya dan kedai-kedai juga didapati mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka di samping peniaga juga mengambil langkah ketat memastikan pelanggan mematuhi SOP.

Pengguna-pengguna kenderaan juga dilihat mematuhi SOP dengan hanya maksimum dua orang di dalam kenderaan.

Selain itu, anggota-anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan juga dilihat melakukan rondaan ke kedai-kedai dan pasaraya dalam memastikan SOP dipatuhi.