Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

PERMAI: Semoga Mensejahterakan Rakyat

337
SHARE

1. Dewan Muslimat PAS Malaysia menyokong penuh Pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 18 Januari yang lalu. Pakej yang diperkenalkan ini membantu mengurangkan beban yang dihadapi rakyat di samping membaik pulih semula ekonomi negara dan memerangi wabak covid-19 yang masih berleluasa.

2. Antara insentif yang sangat menarik di dalam pakej ini adalah kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif dalam bentuk potongan cukai kepada penderma yang menyumbang dalam yg membantu rakyat yang terkesan dengan wabak Covid-19. Penyumbang tersebut layak menuntut potongan cukai daripada pendapatan kasar perniagaan atau pendapatan agregat mereka. Insentif potongan cukai ini secara tidak langsung, dapat menggalakkan rakyat untuk melaksanakan amal kebajikan dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan akan terus disalurkan.

3. Selain itu, kerajaan turut tidak mengenepikan golongan-golongan rentan seperti warga emas, gelandangan, OKU dan mangsa banjir dengan memperuntukkan 25 juta ringgit di bawah program GLIC/GLC Disaster Relief Network sebagai geran padanan bersama syarikat berkaitan Kerajaan.

4. Di samping itu juga, kumpulan barisan hadapan terus diberi sokongan padu daripada kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion yang disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan juga agensi-agensi lain yang terlibat. Insentif ini untuk membantu frontliners dalam memerangi wabak Covid-19 yang masih di tahap kritikal.

5. Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat PAS Malaysia menyokong sepenuhnya usaha kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia dalam memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan dan menyokong kelangsungan perniagaan.

#MalaysiaPrihatin
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

DR. NAJIHATUSSALEHAH BINTI AHMAD
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 Januari 2021 | 7 Jamadilakhir 1442H