Home Artikel PAS Melaka

Perniagaan sedikit terjejas di Pekan Lubok China

341
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 20 Jan: Penjaja dan peniaga sekitar pekan Lubok China, di sini, sedikit terjejas dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa ini.

Menurut seorang penjaja yang ditemui sebentar tadi, ini disebabkan pelanggan-pelanggan yang berada di sebelah kawasan Negeri Sembilan tidak boleh datang berbelanja di pekan ini.

“Biasa dia orang memang kalau beli barang dia orang beli dekat sini. Kira pekan dia oranglah. Sebab kalau tidak dia orang kena pergi Rembau… jauh.

“Tapi sekarang ni dah tak boleh rentas sempadan, dia orang tak boleh berbelanja dekat sini (Lubok China),” ujar beliau yang tidak mahu namanya didedahkan.

Beliau yang membuka gerai menjual sate itu bagaimana pun akur bahawa peraturan ini (PKP) adalah untuk kebaikan semua.

Menurut beliau lagi, pihak kerajaan tempatan juga telah menjarakkan tapak lokasi gerai mereka yang terletak di hadapan Pasar Mini Lubok Cina sebagai keperluan SOP.

Tinjauan Wartawan Rakyat Melaka (WARM) di sini juga mendapati kebanyakan perniagaan samada kedai atau penjaja berjalan seperti biasa namun mematuhi SOP yang ditetapkan.

Restoren-restoren dan kedai-kedai makan juga dibuka namun hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja.