Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Tindakan Tegas Penceroboh Kebun Musang King

1200
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Tindakan Tegas Penceroboh Kebun Musang King

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat secara menyeluruh individu dan organisasi yang terlibat dalam kes pencerobohan tanah kerajaan negeri secara haram yang berlaku di Raub, Pahang.

Jumlah keluasan hutan yang diceroboh adalah 4400 hektar. Tindakan mana-mana pihak yang dilihat membela penceroboh adalah memalukan.

Siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengisi periuk nasi sendiri di dalam isu ini.

PAS menyokong ketegasan Kerajaan Negeri Pahang yang melakukan operasi pemutihan tanah haram di seluruh negeri tersebut. Langkah kerajaan negeri yang menetapkan denda kepada peneroka haram dilihat sebagai usaha bagi membanteras kegiatan pencerobohan ini agar tidak berleluasa.

PAS berharap pihak berkuasa melaksanakan siasatan dengan adil terhadap semua pihak dan diberikan hukuman setimpal jika sabit kesalahan.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
1 September 2020 | 13 Muharram 1442