Home Artikel PAS Selangor

DARI TIRAI Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | Muslimat PAS Kawasan Klang – Himpunan Wanita Muafakat Nasional Parlimen Klang

275
SHARE

Klang, Selangor | 1 September 2020

Himpunan Wanita Muafakat Nasional Parlimen Klang telah diadakan di Restoran D’Rosa Pelabuhan Klang. Program ini adalah anjuran bersama di antara Dewan Muslimat PAS Klang dan Wanita UMNO Bahagian Klang.

Objektif Himpunan ini ialah untuk mengeratkan silaturrahim di antara Muslimat PAS Klang dan Wanita UMNO Klang yang mana merupakan jentera Parti yang berada di barisan hadapan di kala menghadapi Pilihanraya, tidak kira sama ada Pilihanraya Umum atau pun Pilihanraya Kecil.

Himpunan ini diadakan di bulan Muharam di kala rakyat yang beragama Islam di seluruh Negara menyambut Maal Hijrah 1442. Di samping itu, pada malam ini rakyat pelbagai bangsa dan agama di seluruh negara menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang akan diraikan ketika detik 12 malam nanti.

Di antara aktiviti yang telah diadakan ialah menyantuni anak yatim pada hari Asyura (10 Muharram). Seramai 35 orang anak yatim di sekitar Kampung Telok Gong telah disantuni pada 29 Ogos 2020.

Program menyantuni anak yatim ini telah disertai oleh Ketua UMNO Bahagian Klang, Dato’ Haji Nasaruddin bin Md Zin dan Yang DiPertua PAS Kawasan Klang, Tn Hj Khalid bin Nayan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Klang, Pn Rodziah binti Abd Rahim dan Ketua Dewan Muslimat PAS Klang, Pn Noraini binti Hussin beserta 20 orang Ahli Jawatankuasa setiap Parti.

Aktiviti kemuncak Program ialah Himpunan Wanita Muafakat Nasional yang diadakan pada 30 Ogos 2020 di Restoran D’Rosa Pelabuhan Klang. Aktiviti ini dimulakan dengan acara ‘Jom Masak Bubur Asyura’ yang berlangsung pada pukul 2.30 petang. Sebanyak 2 buah kawah Bubur Asyura telah disiapkan. Wanita UMNO dan Muslimat PAS telah mengambil peluang semasa bergotong-royong untuk saling berkenalan di antara satu sama lain. Bak kata pepatah ‘Tak kenal maka tak cinta’.

Acara di waktu malam ialah Munajat dan Ucapan Khas daripada Ketua UMNO Bahagian Klang dan Yang DiPertua PAS Klang. Setelah selesai Ucapan Khas, sambutan kemerdekaan diteruskan dengan acara memotong kek berlambangkan bendera Malaysia oleh kedua-dua kepimpinan utama Parti.

Acara terakhir ialah menaikkan bendera pada waktu detik 12 malam disertai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Jalur Gemilang.

Seramai 250 orang telah hadir ke Himpunan Wanita Muafakat Nasional Parlimen Klang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor

#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#MendokongMuafakatNasional
#SelangorSejahtera