Home Berita PAS Kelantan

Timbalan Menteri turun padang ke PPV di pedalaman

10
SHARE
Oleh SUHAIZI KADIR
KUALA KRAI, 28 Jun: Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, YB Dato’ Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim turun padang sempena Program Imunisasi Kebangsaan (PIK) peringkat jajahan Kuala Krai.
Beliau meninjau proses pemberian vaksin dos kedua kepada 400 penduduk di Kampung Bahagia, semalam.
Manakala, 11 Orang Asli Suku Mendriq, Kampung Keluat juga menerima dos pertama di Pusat Penerimaan Vaksin Bergerak tersebut.
“Program ini sangat berjaya walaupun terpaksa naik feri dan melalui jalan ‘off road’ untuk sampai ke destinasi kerana kerajaan berusaha bersungguh-sungguh memastikan tiada rakyat terpinggir dalam program PIK”, katanya.
Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Ustaz Abd Latiff Abd Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, YB Hilmi Abdullah dan warga Pusat Kesihatan Daerah Kuala Krai.