Home Berita PAS Kelantan

3000 dos vaksin untuk PPV, Dewan Perniagaan Cina

30
SHARE
Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KOTA BHARU, 28 Jun: Kerajaan Malaysia memperuntukkan 3000 dos imunisasi untuk projek Program Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak yang berlangsung selama lima hari di Dewan Perniagaan Cina, bermula semalam.
Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, pada sidang media.
“Proses pendaftaran semakin baik di Kelantan, mencapai 50.6 peratus. Manakala 16.7 peratus telah menerima dos pertama dan 9.05 peratus sudah lengkap dos kedua”, katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Tabung Amal Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama yang diwakili oleh Mortazi Ismail bagi menampung sebahagian kos program outreach vaksinasi COVID-19.
Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dato’ Dr Zaini Hussin dan kenamaan lain serta badan-badan NGO.