Home Berita PAS Kedah

Tidak Kenal Erti Penat Demi Rakyat

128
SHARE

Oleh : ASYRAF MAHADZIR | 24 April 2021

PENDANG- Sejurus tiba dari Putrajaya, YB Datuk Haji Awang Hashim, Ahli Parlimen Pendang bergegas ke Masjid Kubur Panjang untuk menyempurnakan majlis pemberian sumbangan kepada 30 asnaf dari kalangan anak kariah yang terpilih. Dalam majlis tersebut, Datuk Awang yang juga merupakan Timbalan Menteri Sumber Manusia mengumumkan sedikit peruntukan untuk pembangunan masjid demi keselesaan para jemaah.

Selesai berbuka puasa dan solat maghrib di masjid tersebut, beliau terus ke Kampung Pondok Haji Don menziarahi seorang warga emas bernama Hajjah Aminah bt Abd Rahman. Menurut cucunya, Hajjah Aminah sudah berumur 105 tahun walaupun di kad pengenalannya tertulis tahun 1924. Turut bersama adalah pegawai khas beliau, ketua PAS cawangan Kubur Panjang dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kubur Panjang.

Tidak berhenti di situ, YB Awang bergerak ke Masjid Kg Belat bagi menunaikan solat isyak dan terawih secara berjemaah bersama anak kariah di situ. YB Datuk dalam ucapan ringkasnya seusai solat, memberi jaminan untuk membantu masjid tersebut dalam memastikan para jemaah selesa untuk beribadah.

Majlis dan Jelajah Terawih ini adalah susulan daripada Program Semarak Ihya’ Ramadhan 1442H anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pendang/Dun Tokai dan akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan di beberapa masjid yang terpilih di daerah Pendang seperti yang telah dirancang.