Home Berita PAS Kedah

PAS Padang Terap Raikan Anak Yatim Berbuka Puasa

255
SHARE

Oleh: SITI AMINAH ZAMILUDDIN | 24 April 2021

PADANG TERAP – PAS Kawasan Padang Terap telah meraikan anak-anak yatim pada Majlis Iftar Ramadhan Kareem yang diadakan di Sekolah Anak Yatim, Perik, Kuala Nerang, di sini semalam.

Yang Dipertua PAS Padang Terap, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz mengetuai delegasi menyantuni anak-anak ini sempena Ramadhan di samping menyampaikan sumbangan kepada mereka.

Ia sebagai memenuhi tuntutan bersedekah di bulan penuh barakah ini selain menunaikan tanggungjawab Mukmin yang ditetapkan Allah S.W.T untuk sentiasa menjaga kebajikan anak yatim.

Ia sebagai ganti kepada mereka yang kehilangan belaian kasih sayang dan ihsan ibu bapa serta memerlukan perhatian dari aspek kebajikan terutamanya agar membesar dengan baik.

Sempena majlis ini juga ADUN Kuala Nerang, Munir Zakaria telah menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada para anak yatim dan wang tunai kepada pihak sekolah anak yatim ini.

Beliau juga menyampaikan cenderahati kepada Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Suhaimi Abd Rahman atas kesudian meluangkan masa hadir sama meraikan majlis tersebut.

Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Pilihanraya DUN Kuala Nerang, Mohd Khossim Osman dan beberapa pimpinan masyarakat setempat.