Home Artikel PAS Melaka

Tiada solat Aidiladha dan program korban di Markaz PAS Jalan Hujan Panas tahun ini – Ustaz Imran

616
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH, 2 Julai : Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman memaklumkan tiada solat sunat Aidiladha dan program korban akan dijalankan di Markaz PAS Kawasan Masjid Tanah Jalan Hujan Panas tahun ini.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka itu berkata demikian ketika ditemui wartawan seusai program ‘Usrah Pimpinan PAS Kawasan Masjid Tanah’ yang dijalankan di rumah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan (JPRK) Masjid Tanah, Rohizan di Kampung Pulau di sini malam tadi.

“Kali ini kita berdepan dengan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan prosedur dan SOP yang ketat untuk melakukan program ini. Jadi kita ambil keputusan untuk menangguhkan program ini untuk kali ini.

“Orang ramai yang biasa menghadiri program solat Aidiladha dan korban yang kita lakukan boleh melakukannya di tempat masing-masing.

“InsyaAllah pada masa akan datang jika keadaan sudah kembali pulih kita akan jalankan semula.” ujar beliau.

Untuk rekod PAS Kawasan Masjid Tanah memang tidak pernah gagal sebelum ini untuk melaksanakan program Solat sunat Aidilfitri, Aidiladha dan korban.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)