Home Artikel PAS Melaka

Laporan Terkini (2 Julai) Covid 19 Bagi Negeri Melaka

385
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MELAKA, 3 Julai : Jabatan Kesihatan Melaka melalui laman FB rasmi jabatan itu malam semalam telah melaporkan perkembangan terkini Covid-19 Negeri Melaka sehingga jam 12 tengahari 2 Julai.

Menurut laporan itu tiada kes baharu direkodkan di Negeri Melaka semalam menjadikan semalam hari ke dua belas berturut-turut Melaka tidak merekodkan kes baharu semenjak 22 Jun lepas memberi harapan Melaka bakal memasuki status Negeri Zon Hijau.

Tambah laporan itu, tiada kes sembuh baharu dan kematian baharu direkodkan semalam dengan kes aktif yang masih dirawat kini kekal satu kes dari Mukim Bandar Melaka, Daerah Melaka Tengah.

Daerah Alor Gajah dan Jasin semalam kekal di dalam zon hijau sementara Daerah Melaka Tengah pula masih kekal di dalam zon kuning.


Berikut ialah butir laporan penuh Covid-19 bagi Negeri Melaka.

Kes Aktif Positif Keseluruhan Melaka : 1 orang
• Melaka Tengah : 1 orang
• Alor Gajah : Tiada
• Jasin : Tiada
• Kes import : Tiada

Kes baharu : Tiada
Kes sembuh baharu : Tiada
Kes sembuh (keseluruhan) : 250 orang
Sedang dirawat : 1 orang
Kes kematian (keseluruhan) : 5 orang


Berikut adalah pecahan kes mengikut daerah dan mukim:-

MELAKA TENGAH (Kategori Kuning)
Bandar Melaka : 1

Jumlah Mukim = 29
Mukim terjejas = 1
Mukim tidak terjejas = 28

ALOR GAJAH (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan

JASIN (Kategori Hijau)
Tiada kes aktif direkodkan


Sementara itu laman FB rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam pula melaporkan status COVID19 Malaysia sehingga jam 4.30 petang 2 Julai.

Menurut KKM hanya tiga kes baharu direkodkan semalam melibatkan dua kes penularan tempatan, kedua-duanya bukan warganegara, dan satu kes import di mana bagi kes penularan tempatan masing-masing satu kes dikesan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sementara satu kes import pula dikesan di Johor.

Tambah KKM lagi sebanyak 62 kes sembuh baharu telah direkodkan semalam menjadikan kes kesembuhan keseluruhan adalah sebanyak 8437 kes sementara 85 kes aktif masih dirawat.

KKM juga memaklumkan tiada kematian baharu dilaporkan semalam menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 121 kes atau 1.4 peratus.

STATISTIK COVID-19 MALAYSIA
Jumlah kes keseluruhan : 8643
Kes Baharu : 3
Kes Aktif (Yang Masih Dirawat) : 85
Kes ICU : 2
Kes Sembuh Baharu : 62
Jumlah Kes Sembuh (termasuk baharu): 8437
Kematian Baharu : Tiada
Jumlah kematian : 121


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)