PAS Kawasan Kulai menyokong penuh kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Saudara Kamaruzaman Mohamad yang menggesa supaya dibatalkan tawaran kajian mengenai third gender yang bertentangan fitrah manusia dan dikutuk oleh agama Islam.
Walaupun baru diperingkat membuat kajian, usaha ini amat memalukan norma masyarakat yang bertamadun dan beragama di Malaysia ini.
Usaha ini jelas membelakangkan perasaan umat Islam selaku umat majoriti di negara ini.
SUHAKAM nampaknya sedaya upaya membawa budaya akal songsang yang terbukti gagal di Barat ke negara kita yang tercinta ini yang penuh dengan adab dan tatasusila.
SUHAKAM juga gagal memahami budaya songsang yang diperjuangkan ini bukanlah perkara baru, bahkan telah diberi panduan oleh Allah SWT yang Maha Pencipta melalui Al-Quran sejak lebih 1400 tahun yang lampau.
Mohon SUHAKAM menghentikan segala usaha tercela ini disamping melihat lebih banyak perkara lagi yang boleh diperjuangkan untuk masyarakat Malaysia seperti isu perumahan rakyat, pendapatan bawah garis kemiskinan dan seumpamanya dan tidak hanya cuba mengimport budaya songsang Barat sahaja.
Tolak agenda songsang tajaan Barat !!
Abd Aziz Bin Jaafar
Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kulai