Home Berita PAS Melaka

Pena editor Melaka | Fenomena ‘Daulat Tuanku’ dalam kalangan pembangkang

119
SHARE

ALHAMDULILLAH, semalam Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu telah mengadakan persidangan khas berkaitan Covid-19 dan darurat.

Keputusan terhadap persidangan tersebut telah pun diumumkan malam tadi oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan telah pun dilaporkan oleh media-media massa.

Yang menarik perhatian saya ialah keputusan ini telah disambut dengan fenomena ‘Daulat Tuanku’ di media-media sosial pembangkang dan jajaran mereka yang selama ini menuntut agar darurat ditamatkan dan parlimen segera bersidang.

Bukan selalu kita boleh lihat pembangkang dan jajaran mereka melaungkan ‘Daulat Tuanku’ ini. Kali pertama laungan ‘Daulat Tuanku’ ini gegak gempita bergema di media-media sosial pembangkang dan jajarannya pada ketika YDPA menolak saranan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan darurat buat kali pertama pada 25 Oktober tahun lepas.

Masa itu memang fenomena yang tidak pernah terlihat sebelum ini apabila tokoh-tokoh PH malah daripada DAP berulang-ulang melaungkan Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! di media-media sosial mereka bagaikan tiada esok.

Dan hari ini kita berpeluang melihat fenomena pelik ini sekali lagi.

PAS seperti biasa tetap mendukung apa sahaja titah Kebawah Duli Tuanku YDPA atas apa sahaja keputusan daripada Majlis Raja-Raja. Ini sesuatu yang sukar difahami oleh pembangkang dan jajarannya.

Semasa kali pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan darurat pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan menyokong cadangan darurat ini.

Namun sebaik sahaja YDPA mengumumkan penolakan cadangan ini pimpinan-pimpinan PAS terus mengeluarkan kenyataan mendukung titah Tuanku itu.

Lalu ada media-media sosial pro-pembangkang yang cuba menyindir dengan memaparkan secara bersebelahan kenyataan menyokong darurat dan kenyataan mendukung titah Tuanku menolak darurat oleh pemimpin-pemimpin PAS kononnya dua kenyataan yang bertentangan.

Habis, mereka mahu apa? Mereka sebenarnya mahu PAS mengecam dan tidak berpuas hati. Namun mereka silap. PAS bukan macam mereka.

Ini yang tidak difahami oleh pembangkang dan jajarannya. PAS tetap mendukung segala titah Tuanku walau pun keputusan itu tidak kena dengan hasrat PAS. Itulah ketaatan tidak berbelah bagi PAS terhadap YDPA.

PAS bukan macam mereka dan penyokong-penyokong mereka yang hanya mendaulatkan Tuanku hanya semasa sesuatu itu memenuhi selera tekak mereka sahaja tetapi mencerca dan menghina Institusi Beraja di saat tidak mengikut selera mereka.

Malah jangan lupa, dalam kalangan mereka malah ada yang merancang untuk menghapuskan Institusi Beraja seperti yang kita boleh lihat dalam video-video yang tular. Sungguh hipokrit!

Jadi, saksikanlah fenomena ini dengan sebaiknya kerana bukan selalu kita boleh melihatnya. Mungkin bertahun lagi kita boleh jumpa.

IBNU JANIE
Editor Berita PAS Melaka dan WARM
Jabatan Penerangan PAS Melaka