Home Berita PAS Johor

DMPNJ menyokong kempen vaksin

31
SHARE

DMPNJ menyeru supaya masyarakat menolak keras dakwaan sesetengah golongan anti vaksin tentang implikasi bahaya dari pengambilannya, malah perlu yakin dengan keselamatan, keberkesanan dan kesucian vaksin ini.

Institusi fatwa dunia dan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah pun mengeluarkan fatwa, hukum penggunaan vaksin adalah harus. Seharusnya masyarakat tidak perlu mempertikaikan lagi hal ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin di kalangan kamu”. (An-Nisa: 59). Berdasarkan ayat ini ketaatan kepada pemimpin adalah selepas ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, ketaatan ini sangat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan negara

Sasaran kerajaan mewujudkan imunisasi berkelompok dengan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus penduduk dewasa di negara menerima vaksin dengan izin ALLAH secara langsung dapat membendung penularan jangkitan COVID-19 daripada menjadi lebih teruk. Maka masyarakat perlu bersama menyokong program suntikan vaksin ini tanpa ragu-ragu.

Semoga kita diberi kesabaran dan kekuatan dalam menempuhi cabaran pandemik ini dengan tidak lupa mengamalkan norma baharu serta mematuhi SOP.

Fatimah Ismail
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Johor