Home Berita PAS Johor

Teruskan menerang dan bersabarlah

55
SHARE

-gambar hiasan-

.
APABILA SUDAH BENCI, HUJAH DAN DALIL TIDAK BERGUNA LAGI
.
Oleh : Basri Din Kamar
.
PAS bukan menunggang agama. Sebaliknya PAS hanya merelakan dirinya ditunggang agama.
Semakin banyak dalil Quran dan hujah dibentangkan, semakin sahih disisi mereka bahawa PAS menunggang agama.
.
PAS bukan mempolitikkan agama, sebaliknya PAS berusaha ‘meng-agama-kan’ politik.
Lebih banyak ditunjukkan usaha PAS membersihkan politik dengan agama, semakin mendalam kepercayaan mereka PAS mempolitikkan agama.
.
PAS bukan mengubah-ubah hukum agama mengikut selera politik, tetapi PAS begitu cermat mengubah tindakan politik mengikut kemahuan agama.
Lebih banyak dalil dan hujah dibentangkan, semua itu menjadi dalil pula di mata mereka bahawa PAS mengubah hukum agama untuk menghalalkan tindakan politik.
.
Berilah hujah sejelas dan seterang matahari sekalipun, tulislah karangan berjilid-jilid buku sekalipun, berbincanglah selama bertahun-tahun sekalipun,
hujah dan dalil tidak akan dapat diterima oleh para pembenci, malah ia hanya akan menyemarakkan lagi kebencian mereka.
.
Melainkan apabila kebencian itu dilenyapkan Allah.
.
Aneh sekali, apabila kebencian itu hilang, tiba-tiba mereka dapat terima dan faham tanpa perlu sepatah pun dalil dan hujah.
.
Benarlah, tugas kita hanya menerang, sedangkan Allahlah yang memberi kefahaman.
Benarlah, tugas kita hanya menerang, sedangkan Allahlah yang memberi kefahaman.
.
“Sesungguhnya engkau tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya… ” (Al-Qasas 28:56)
.
Wahai aku dan sahabat seperjuangan,
teruskanlah menerang, dan bersabarlah.
.
.
Penulis merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Labis, Johor