Home Berita PAS Johor

Tahniah MB Pahang

50
SHARE

PAS Johor sokong ketegasan Menteri Besar (MB) Pahang terhadap penceroboh hutan yang luas untuk tanaman durian ‘Musang King’ termasuk di Hutan Simpan Kelau, Raub Pahang.

Ladang haram ini bukan sahaja terdapat pokok durian ‘Musang King’ yang sudah berusia lingkungan 6 bulan sehingga 3 tahun.

Malah, ada juga tanaman lain seperti pisang, nangka, cempedak dan petai yang mengambil kira sebanyak 12 hektar keluasan seluruhnya.

Tidak ada kompromi dan tolak ansur kepada penceroboh hutan simpan.

Mereka perlu diambil tindakan tegas di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

 

RUSMAN KEMIN

Ketua Penerangan

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)

7 Julai 2021 | 26 Zulkaedah 1442H