Home Berita PAS Melaka

Terima kasih tentera merah, JAM Jasin! Manisnya berukhuwah – Kintan

79
SHARE

Oleh SITI SALWANI MOHD KASSIM

AYER KEROH, 2 Mei : Terìma kasih tentera merah, Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin, memaknakan tema ‘Beramal Kerana Allah’, manisnya berukhuwah, indahnya berjemaah, musibah mengenali keikhlasan sahabat.

Demikian dinyatakan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Jasin, Kintan Man mengulas tentang bantuan yang diberikan kepadanya yang ditimpa musibah apabila siling sebuah bilik di rumahnya runtuh baru-baru ini.

Seramai tujuh orang anggota diketuai oleh Ketua JAM Jasin, Ustaz Fauzee Mohamed telah membantu mengemaskan runtuhan itu semalam.

“Saya amat berasa bersyukur serta sangat menghargai budi khidmat bakti Jabatan Amal ini.

“Saya juga berhasrat mengambil perkhidmatan Jabatan Amal sebagai bukti tanda terikatan kerja-kerja kelangsungan kekukuhan ukhuwah fillah,” ujar beliau lagi.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua sahabat yang memanjatkan doa serta memberi kekuatan dalam mengharungi musibah ini terutama di uji oleh Allah bulan Ramadan Mubarak ini.

“Sesungguhnya reda di atas segala ketentuan Allah itu adalah penawar paling ampuh dalam menghadapi ujian Allah.
Sesungguhnya pasti tersirat kebesaran serta ketinggian hikmah di sebalik ujian dan musibah,” ujar beliau lagi.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka itu berkata demikian ketika menghubungi Wartawan Rakyat Rakyat Melaka (WARM) berkaitan perkara ini malam tadi.

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .