Home Artikel PAS Melaka

Naqibat perlu ada ilmu untuk keyakinan diri – Aziah Md Saad

44
SHARE

Oleh IBNATDEEN

HANG TUAH JAYA, 2 Mei : “Nak bercakap ni perlu ada ilmu dan memberi manfaat. Jika tidak ada ilmu dan rujukan, tidak ada keyakinan untuk menyampaikan.”

Begitu ulasan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Aziah Md Saad di hadapan para Naqibat Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka (DMPNM) dalam Majlis Penyerahan Watikah Naqibat DMPNM yang berlangsung di Kompleks PAS Bukit Katil pagi semalam.

Beliau juga sempat menyingkap sejarah permulaan tarbiah usrah sekitar tahun 1982 dan kepentingan menyambung perjalanan panjang tarbiah ahli ini.

“Mula-mula nak buat usrah tu memang sukar untuk mendapatkan komitmen ramai. Tapi kita mesti mulakan, lama kelamaan akan mendapat komitmen dan penyertaan ramai,” ujarnya

Tegas beliau, Naqibat berperanan menjadi agen dakwah terhadap masyarakat dan pembimbing sesama ahli.

“Ahli baharu itu menjadi tugas dan tanggungjawab kita untuk membimbing mereka dan jangan dibiarkan tanpa sebarang pengisian,” ujarnya lagi.

Di hujung ucapannya, beliau berpesan kepada seluruh Naqibat agar dapat menguatkan semangat dalam menjalankan tugas di peringkat masing-masing, serta sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan keperibadian AKIFI.

 

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .