Home Artikel PAS Melaka

Pena Kaunselor | Nilaikan jenis maklumat yang kita dapat

25
SHARE

Oleh ABU HARITH

KEMUDAHAN teknologi pada hari ini membawa kita kepada capaian maklumat di hujung jari sahaja. Semua ini boleh diakses menggunakan gajet-gajet secara terus tanpa sempadan masa, tempat dan sumber.

Walau bagaimanapun, sebagai pengguna, kita harus bijak memilih maklumat yang sesuai untuk kita. Berikut merupakan jenis-jenis maklumat sebagai panduan buat kita semua:

1. Baik untuk kita dan orang lain

Maklumat jenis ini biasa yang berkaitan dengan pengetahuan, hebahan, panduan atau tips secara umum yang sesiapa sahaja boleh mendapat manfaat apabila membaca atau mengamalkannya. Maklumat jenis ini sesuai untuk di kongsikan kepada semua dan mempunyai impak positif kepada si pembaca.

Gambar hiasan | Kredit foto : Google

2. Baik untuk kita, tidak kepada orang lain atau sebaliknya

Situasi ini biasanya boleh kita kategorikan juga sebagai maklumat terpilih. Contohnya maklumat berbentuk pandangan, hujah ataupun idea seseorang yang kita rasakan sesuai atau tidak dengan kita. Apabila membacanya, kita boleh untuk bersetuju dengan apa yang diperkatakan atau sebaliknya. Ia boleh jadi betul, salah, tepat atau tidak. Maklumat jenis ini perlu dipertimbangkan dahulu untuk dikongsikan ataupun tidak.

3. Tidak baik untuk kita dan kepada orang lain juga

Contoh maklumat jenis ini adalah seperti fitnah, salah fakta, memburukkan orang lain ataupun mempunyai unsur-unsur tidak baik seperti menghasut. Maklumat jenis ini perlu dielakkan sama sekali sama ada untuk dibaca mahupun disebarkan kepada orang lain. Ini akan menambah kesan buruk jika ada rantaian penyebarannya. Berdosa dan boleh dikenakan tindakan jika silap caranya.

Gambar hiasan | Kredit foto : Google

Oleh itu, dahulukanlah akal dalam menerima, menapis dan menyebarkan sesuatu maklumat. Kita harus bertanggungjawab dengan apa yang kita buat. Elakkan menjadi penyampai kepada berita, maklumat atau bahan yang tidak baik. Semua itu menjadi cerminan kepada akhlak dan akal kita.

“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Surah al-Hujarat, ayat 6

Penulis adalah seorang Kaunselor Berdaftar

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .