Home Uncategorized

Tempatkanlah Adik Farahannis Di SyurgaMu Ya Allah!

275
SHARE

Pernah viral oleh banyak pihak menghulurkan bantuan untuknya, setelah lama masa mengharungi ujian Sakit Kanser Liforma, dengan pelbagai kisah duka kesusahan ayah sebagai penoreh getah dan ibu sebagai cleaner, dua adik masih bersekolah,duduk lama di wad Hospital Sultanah Bahiyah sebelum ke KL mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, akhirnya Adik Farahannis dijemput ilahi pada 22 September 2019 jam 4.10 pm di Hospital Ampang KL.

Berat mata melihat ujian ditanggung olehnya,berat lagi bahu yang memikul ujian,semoga arwah Adik Farahannis beroleh syurga Allah kerana menerima ujian berat disaat umur masih muda.

Sebarang bantuan kepada keluarga boleh hubungi no 0195780049
Akaun Ibu Arwah Adik Farahannis -Bsn : 0211541099110465
Shaharon Bt Che Amin

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah berkesempatan menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada ibu adik Nur Farahanis Binti Hasdee di Sik, Kedah pagi tadi. sempat juga menunaikan solat jenazah untuk Allahyarhamah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucaoan takziah kepada keluarga dan semoga arwah adik Nur Farahanis ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beroleh Syurga Allah.

Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah