Home Artikel PAS Sabah

Dewan Muslimat PAS Sabah Mantapkan Gerak Kerja

38 views
SHARE


Oleh: Nurizyan Haziqah binti Hussin
23 SEPTEMBER 2019

Tawau: Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah mengadakan permukiman selama dua hari yang bertempat di Taman Ria Tawau bermula pada 21 hingga 22 September 2019 bagi memantapkan gerak kerja dalam mencapai matlamat DMPNS.

Ia dihadiri oleh wakil-wakil ahli jawatan kuasa Dewan Muslimat PAS Kawasan dari seluruh Sabah iaitu seramai 160 orang.

Turut hadir sepanjang program ini berlangsung adalah Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah Puan Norsah Bongsu dan barisan ahli jawatan kuasa DMPNS.

Sepanjang permukiman ini para peserta telah memberi sepenuh tumpuan dalam merangka strategi-strategi bagi merealisasikan hasrat DMPNS yang akan dilaksanakan diperingkat kawasan masing-masing.

“Setiap kawasan perlu ada perancangan dalam meningkatkan muslimat alim, haraki dan sufi (AKIFI) bagi melahirkan pelapis-pelapis yang mahir untuk melaksana gerak kerja dan membentuk generasi rabbani.” Kata Norsah Bongsu.

Katanya lagi, hasil daripada permukiman ini perlulah dilaksanakan secara tersusun diperingkat kawasan dan berterima kasih kepada semua wakil-wakil kawasan yang hadir dari jauh untuk bersama-sama menjayakan permukiman DMPNS pada kali ini.