Home Berita PAS Kedah

Telaga didakwa bersejarah, penduduk harap pemuliharaan

340
SHARE

JERAI – Kerajaan diharap dapat melakukan satu usaha penyelidikan untuk mengesah pasti sebuah telaga lama yang dipercayai penduduk mempunyai nilai sejarah di Bukit Choras, di sini.

Namun, tanpa pengesahan dari pihak berwajib menyebabkan ia terbiar sepi dan diliputi semak samun dari pemeliharaan dan pemuliharaan yang patut diberikan pada binaan sepertinya.

Hasrat penduduk untuk melihat satu usaha ke atasnya telah diajukan menerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Bukit Choras, Mujahid Che Omar.

Ianya telah disampaikan kepada ADUN Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat untuk dipanjangkan kepada pihak berwajib agar kemungkinan khazanah sejarah itu tidak terus lenyap oleh masa.

Mujahid sendiri pernah menemani Mohd Azam melihat langsung telaga lama itu di lokasinya di mana penduduk mengaitkan dengan dua versi cerita iaitu Raja Bersiong dan Kediaman Tunku Abdul Rahman.

Di negeri ini terdapat beberapa telaga yang termasuk sebagai peninggalan sejarah antaranya Telaga Gajah di Pendang, Telaga Mahsuri di Langkawi dan Telaga Tok Sheikh di Gunung Jerai