Home Berita PAS Kedah

Warga kampus UUM terima bantuan fasa kedua dari pemuda PAS Kedah

49
SHARE

SINTOK, 22 Jun : Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bersama beberapa NGO sekali lagi telah menyantuni warga Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini bagi menghulurkan sumbangan makanan fasa 2 kepada 100 keluarga staf UUM yang tidak dapat pulang ke kampung susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

Ketua Pemuda DDPNK, Ustaz Nurul Amin Hamid telah mengetuai rombongan tersebut dan menyampaikan sumbangan makanan kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof Madya Dr. Rajwani Binti Md Zain dan disaksikan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof Madya Dr. Massudi Mahmudin.

“kami dilaporkan ketika hadir kali pertama di sini bahawa keperluan makanan basah sangat diperlukan oleh pelajar dan staff yang berkeluarga di sini.

Hari ini kita telah sumbang 200 ekor ayam, pampers, susu dan beberapa barangan keperluan asas, semoga sumbangan ini dapat meringankan beban 100 orang staf yang berkeluarga yang tinggal di sini” kata Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah ketika dihubungi.

Sumbangan terkumpul fasa 1 dan fasa 2 sebanyak RM12,000.00 yang telah disampaikan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Kedah ini turut mendapat kerjasama dari beberapa NGO seperti GAMIS Kedah, An Nasr Care, Al-Azhar Care, Othman Affan Prihatin, Khidmat Malaysia Kubang Pasu, Yayasan Isra’ Malaysia dan warga CAKNA.

Alhamdulillah,100 keluarga dan 103 orang sukarelawan dalam UUM telah berjaya mendapat manfaat dari sumbangan hari ini yang berbentuk makanan basah dan keperluan asas.

Sehubungan dengan itu, pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga sedang mengumpulkan dana bagi sumbangan kebajikan kepada kumpulan sasaran yang terkesan dengan PKP 3.0 ini.

Sekiranya anda berhajat ingin membantu usaha kami ini, boleh hulurkan sumbangan pada akaun di bawah:

BANK ISLAM: *DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH*
*0201 1010 0093 00*